Piggybank

Sunday, June 28

Tabur East


Assalamualaikum.

Masa aku sekolah dulu-dulu, aku memang kurang minat untuk ke tempat-tempat seperti gunung, bukit, pantai. Eh bukan kurang. Langsung tiada minat! Walhal, Terengganu syurga pantai, Bandar Pesisir Air. Semua tempat sekitar Terengganu mesti ada pantai. Tapi sejak ke alam universiti ni, makin hari life makin hectic. And i need fresh air! Tak kisah la pergi taman ke, bukit ke, pantai ke. Asal tempat yang indah mata memandang, segar udara dihirup! Gitu

So, bila orang pelawa ke mana-mana yang aku rasa keadaan seperti di atas mesti aku setuju. Dulu sombong, naik Broga Hill pun tak nak. Nak release tension ajak pergi Sunway, Cosmo World. Tempat macam ni memang koyakkan poket. Baik pergi taman, pergi pantai FOC cuolls. Tapi sayang, area Selangor memang tak ada pantai indah nian pasir putih macam Terengganu! Oh rindu!

Pengalaman ke Tabur East.
Ramai yang tanya, "Dekat mana Tabur East?"
Tabur East terletak betul-betul di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Memang betul-betul di kawasan perumahan. Bagi beginner macam aku memang lah gigih nak panjat. Berbatu-batu. Main wall climbing pun tak pandai, apetah nak rock climbing ni. Bagi mereka yang dah biasa, memang kecik punya hal, apedehal pejam mata pun boleh sampai puncak kan! Tehehehe



First aku rasa panjat gunung/bukit masa Form 5. Itupun ada acara larian memanjat gunung. Baca post itu dekat sini. Bila dah duduk Semenyih ni tak rock la kalau tak pernah pergi Broga kan. Ni kira third place yang aku pergi selepas Broga dan Chemerong.




Lepas ni kita panjat tempat lain pulak hokay! Insecure betul jalan-jalan dengan budak hikers ni. Biasa la tak setaraf wahahahaha drama sangat

No comments: