Piggybank

Saturday, June 27

Atomosophobia


Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa. Sedarkah anda, baru masuk hari sepuluh bunga api dan mercun dah pung pang pung pang kedengaran. Jangan risau tak jauh pun, belakang rumah anak-anak jiran kanan kiri semua meriah bakar mercun lepas waktu iftar. Ei dah feeling-feeling macam esok raya gituw!

Dan dengan rendah diri, aku mengaku yang aku tak pernah sentuh mercun di zaman kanak-kanak mahupun ketika dewasa dan kelak tua nanti. Sentuh pernah lah -,- bakar mercun tu tak pernah dan mungkin tak akan. Paling terror mercun yang pernah aku main (DAN AKU BANGGA DENGAN PENCAPAIAN AKU) setakat ni haruslah mercun bawang. Itu pun orang baling dekat kaki dah beleter sampai malam, ah! Mercun bukan satu gurauan bagiku huhuhuhuhu



To be honest, i had a phobia. Atomosophobia. Wikipedia kata,



is defined as an irregular and unwarranted concern of atomic explosions; every year this surprisingly this phobia causes many people useless distress. It is understood by a variety of names Atomosophobia and Fear of Atomic Explosions being the commonest – the issue often considerably impacts the quality of life. It can cause panic assaults and maintain the people other than the loved ones and enterprise associates.


Atau dalam melayunya, takut akan letupan dan semua benda yang mengeluarkan api. "Eleh, Yin tipu ni. Macam mana boleh masak kalau takut api!!!" Ya ketidakpuasan hati di situ. Saya tahu. Siapa cakap tak takut. Cuba tanya Ibu, hari-hari dia tolong buka kan api dapur sebelum masak tau! Dah buka okay kita boleh masak dengan tenang, aman dan tenteram.

Ni masuk musim puasa-raya, aku tak pernah menceburkan diri di halaman rumah bermain bunga api dan mercun bersama saudara-mara. Apa kerlassssss! Dah besar bawak layan drama lagi syok okay kawan-kawan. Tambah lagi, parents memang lagi suka aku duduk dalam rumah masa adik-adik sedang bergembira menghanguskan duit (mercun mahal tau! hahaha) Cuba bayangkan aku yang phobia melampau ni ada masa dia orang tengah main, confirm berkumandang lah dialog seperti berikut



"Eh, jauh sikit! Baling sana baling sana!" (jerit 10x)

"Jangan lah halakan dekat situ, pegang belakang lagi" (sambil gigit gigi menyeringai)

"Jangan gi depan, abang nak bakar mercun tu! Wei akak kata jangan gi pergi lah!!" (padahal budak tu gerak satu tapak ke depan je pon)



Oleh yang demikian, alangkah tenteramnya seisi rumah bila anak dara yang sorang ni tak ambik port dan tuan puteri pun tak berpeluh panic marahkan orang lain huhuhuhu. Kau tak ada phobia apa tahu?! Tapi jangan risau sebab tahap phobia aku doktor tak diagnose untuk ambil ubat lagi. Mungkin kena belajar suka mercun dulu baru boleh tengok orang main dengan tenang. Mungkin.




P/S : Record abadi mestilah tak pernah nyalakan bunsen burner dalam makmal! Tak teringin pon nak try!!!!!

No comments: