Piggybank

Thursday, July 16

Neon Run




Neon Run UNMC
Glow Hard or Go Home

Color Run/Colorthon is too mainstream? Nah cadangan running event seterusnya, Neon Run!

Earth Hour


Earth Hour versi University of Nottingham #UseYourPower



Mula-mula masa aku masuk universiti ini, housemate aku dah pesan awal-awal antara event terbesar dekat sini adalah Earth Hour. Tapi masa tu aku just assume (Earth Hour = tutup lampu selama sejam). Ya macam biasa buat masa zaman sekolah dulu. Tapi ternyata berbeza woi!

Apetu Earth Hour?
Earth Hour itu kalau diterjemahkan maksudnya jam bumi, mungkin boleh disimbolkan sebagai waktu yang diberikan oleh manusia untuk memperhatikan keadaan bumi ini. Ia merupakan salah satu kempen WWF, organisasi konservasi terbesar di dunia. Ia bertujuan untuk mengajak individu, komuniti dan pemimpin di seluruh dunia untuk turut serta mematikan lampu dan peralatan elektronik yang sedang terpakai selama 1 jam.

Thursday, July 9

Salam


Assalamualaikum.

Lagi seminggu kita nak sambut raya aidilfitri. Ni pun pergi mana mana semua nak feeling raya. Lagu raya di radio, ketupat pelita palsu di pintu-pintu mall. Kalau tak hambar pulak suasana nak shopping raya tu kan. Benda first yang kita akan ingat pagi syawal adalah makanan! Ya tapi itu bukan topic utama. Perkara wajib setiap syawal orang mesti buat adalah maaf-bermaafan dan bersalam salaman sesama muslim sebagai tanda memohon maaf. Kosong kosong katanya. Buka buku baru hidup syukur selalu.

Tapi kita sebenarnya kurang peka dengan batas sesama muslim yang lain terutamanya dalam part bersalaman. Aku tak terkecuali. Bagi aku, asal mereka tua dari kita maknanya Big Pass untuk kita salam cium tangan beliau. Tak salah tapi tak semua betul. Mungkin sebahagian dari kita sejak dari kecil lagi diterap dengan amalan sebegini, dan ia sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua. Bukan salah ibu mengandung ya. Jangan risau, anda mampu mengubahnya!