Piggybank

Thursday, July 9

Salam


Assalamualaikum.

Lagi seminggu kita nak sambut raya aidilfitri. Ni pun pergi mana mana semua nak feeling raya. Lagu raya di radio, ketupat pelita palsu di pintu-pintu mall. Kalau tak hambar pulak suasana nak shopping raya tu kan. Benda first yang kita akan ingat pagi syawal adalah makanan! Ya tapi itu bukan topic utama. Perkara wajib setiap syawal orang mesti buat adalah maaf-bermaafan dan bersalam salaman sesama muslim sebagai tanda memohon maaf. Kosong kosong katanya. Buka buku baru hidup syukur selalu.

Tapi kita sebenarnya kurang peka dengan batas sesama muslim yang lain terutamanya dalam part bersalaman. Aku tak terkecuali. Bagi aku, asal mereka tua dari kita maknanya Big Pass untuk kita salam cium tangan beliau. Tak salah tapi tak semua betul. Mungkin sebahagian dari kita sejak dari kecil lagi diterap dengan amalan sebegini, dan ia sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua. Bukan salah ibu mengandung ya. Jangan risau, anda mampu mengubahnya!



Aku tahu pasal ni setahun yang lepas. Siapa kata punya ramai pakcik tak menjadi masalah untuk aku? Lagi lah bermasalah. Semua pakcik kita salam sampai turn pakcik sabit kita larikan diri, tak rasa pelik ke? Semoga pakcik aku faham dan tak ambil hati, kita kan geng hehehehe

DAN PERIHAL YANG LEBIH BERAT

Aurat sesama sepupu lelaki. Ya betul, bukan aku je menghadapi masalah ini. Aku merupakan antara top five cucu di kedua-dua belah keluarga. Semestinya sepupu-sepupu ku yang lain kecil dan comel-comel semuanya. Part salam memang boleh atasi sebab memang aku dari dulu paling pantang salam dengan budak-budak (walaupun masa tu aku pun budak-budak), macam tak valid je umur lebih kurang tapi nak cium tangan segala kan? Lagipun aku spesis yang cant get over dengan semua skin to skin contact terutamanya bahagian tangan. Sensitif. Unfortunately, bila masuk part pakai tudung dalam rumah, terutamanya sewaktu kita bermalam di kampung memang sesuatu yang aku kena usaha lebih keras. Kebiasaanya gagal separuh jalan, tak kuat betul. Salah satu sebab, kerana itu bukan kebiasaaan. Sangat luar biasa bagi sepupu-sepupuku dan aku masih berusaha ke arah itu. Doakan.

Kalau dah tahu salah, perlu bagi kita untuk mengubah.
Dan semoga Tuhan memudahkan jalan :)

Sejak bila kewajipan bersalam dan memohon restu ibubapa sebelum ke mana-mana beralih pada boyfriendmu? Rasa sweet ya bersalam cium tangan dia tersayang? Masa cium tu ada bau syurga tak? Niat hanya mahu menegur. Fenomena ni berlaku sejak aku di bangku sekolah lagi. Peliknya, mereka seolah bangga. Ohyaa wifey materialnya mereka, maaf sis lupaa. Kalau anda boleh mula sesuatu yang luar kebiasaan, tak susah juga untuk mengubah seperti apa adanya dia.



1 comment:

Fifi said...

Saya pon ada masalah yang sama, sepupu lelaki ramai dan tak pakai tudung tu biasa. Kalau pakai mesti kena bahan..