Piggybank

Thursday, July 16

Earth Hour


Earth Hour versi University of Nottingham #UseYourPower



Mula-mula masa aku masuk universiti ini, housemate aku dah pesan awal-awal antara event terbesar dekat sini adalah Earth Hour. Tapi masa tu aku just assume (Earth Hour = tutup lampu selama sejam). Ya macam biasa buat masa zaman sekolah dulu. Tapi ternyata berbeza woi!

Apetu Earth Hour?
Earth Hour itu kalau diterjemahkan maksudnya jam bumi, mungkin boleh disimbolkan sebagai waktu yang diberikan oleh manusia untuk memperhatikan keadaan bumi ini. Ia merupakan salah satu kempen WWF, organisasi konservasi terbesar di dunia. Ia bertujuan untuk mengajak individu, komuniti dan pemimpin di seluruh dunia untuk turut serta mematikan lampu dan peralatan elektronik yang sedang terpakai selama 1 jam.

Dan Earth Hour adalah untuk?!
Tujuan utama adalah mengajak masyarakat untuk melakukan perubahan gaya hidup yang sederhana dan mengurangkan pembaziran iaitu menerusi penggunaan tenaga. Hal ini kerana kebergantungan manusia terhadap elektrik terus meningkat dari waktu ke waktu sedangkan sebahagian besar dari sumber elektrik akan menghasilkan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global.


Kami diberi peluang untuk menghias cawan yang berisi lilin mengikut kreativiti sendiri. Untuk tempoh bergelap selama satu jam, kami bergerak secara kumpulan meronda satu kawasan universiti untuk memastikan semua tempat turut sama bergelap tau! Romantik betul jalan malam-malam sambil bawa lilin ni hehehehe

Lepas tamat sejam, ada fashion show dari bahan recycle. Kagum akak dengan orang pakai baju guna plastik watson ni, lagi cool pakai daun dan pinggan kertas! Kalau cuaca tak elok tu boleh menangis model di buatnya. We had so much fun on games dan aktiviti-aktiviti yang lain. Kaya betul Nature Club duk sedekah Hershey Bar untuk setiap game, dah la main free! Ahaks






So, marilah kita sama-sama menyokong Earth Hour. Sayangi bumi anda ya semua! Bumi sudah tua. Jika bukan generasi kita siapa lagi. Kurangkan penggunaan elektrik dan sentiasa berjimat cermat dalam menggunakannya! Use your power people!


My Happy Pills


No comments: