Piggybank

Saturday, June 27

Sejarah PT3 2015 Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895


Sejarah PT3 2015 - Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895.


Sumber : mysumber.com
Kerja Kursus Sejarah PT3 2015 Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895. Berikut disertakan bahan-bahan rujukan yang bersesuaian dalam membantu pelajar untuk membuat tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2015 - Dokumen Persetiaan Persekutuan 1895.

Sumber : http://cikgurazak.blogspot.com


FAKTOR-FAKTOR PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895

Sumber - Buku Teks Tingkatan 2, ms 45-46

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen kerana sibuk di Negeri-negeri Selat


(ii) Krisis Kewangan Pahang
  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British 
  • Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan


(iii)  Perkongsian Perkhidmatan Pakar
  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor


(iv) Sistem Perhubungan
  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan


(v)  Faktor Keselamatan
  • Menmpunyai kemampuan dan kekuatan dari segi ketenteraan khususnaya menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar



KESAN-KESAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN 1895
  • Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
  • Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
  • Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
  • Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
  • Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
  • Sultan-sultan NNMB tidak puas hati
  • Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
  • Ahli-ahli Durbar ialah;
           i. Pesuruhjaya Tinggi
          ii. Raja-Raja Melayu
          iii.Residen Jeneral
          iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
  •     Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
  •     Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur


Untuk jawapan cadangan boleh rujuk di sini  dan sini


Antara yang menarik :


Semoga dapat membantu adik-adik! :)

No comments: