Piggybank

Tuesday, August 19

Terima kasih




Cukuplah atas kenangan manis masa lalu, 
Dan terima kasih untuk itu.


Wednesday, August 13

... Kita Dah Kahwin


Kita dah kahwin.
Siapa? Ucu kita dah kahwin.

Pengakhiran bagi segala majlis perkahwinan di dalam keluarga. Lepasni tiada lagi aktiviti gotong-royong untuk kemas bilik pengantin! Tiada lagi sesi memilih baju bridemaids! Tiada lagi sesi menghias dulang hantaran! Dan tiada lagi trip sambut menantu di lain-lain negeri. To be continued untuk majlis sepupu-sepupu pula selepas ini. Bersedia bangmi bangyo! Giliran hangpa pulak na

Disebabkan ini merupakan majlis terakhir dalam family, boleh tahan juga persiapannya. Mujurlah ada bantuan wedding planner. Pelamin, bilik pengantin dan meja-meja semua diuruskan. Fuh, lega. Majlis sebelum ni memang tugas kami anak-beranak buat semua benda. Nak fun katanya, tapi sebenarnya best tau handle majlis ramai-ramai!

Tahun ni aku dihadkan buat kerja dapur sebab kekonon jadi pengapit si pengantin. Ambik feel orang kata. Habis semua duk ingat aku gatal nak kahwin muda. Hello sesedap ajinamoto je kan! Dulu aku suka bahagian cek lauk sebab nak acah tuan katerer. Tahun ni ada abang-abang baju merah membantu apa lagi sila tunjukkan kuasa wahai tuan rumah! Haha kalau tak bagi kerja nanti dia mengayat anak dara dekat belakang, eleh pantang line clear!

Aku antara anak sedara paling kamching dengan makcik bongsu aku ni (walaupun dia kerek). Lumrah la aku dengan pakcik baru aku tak berapa nak masuk. Atau mungkin sebab dia seorang yang pendiam. Family aku pula jenis yang havoc. Memang krik krik juga lah pada awal pertemuan, semoga Acu dapat sesuaikan diri! Welcome to family.

Tshirt rasmi tulis "TokMu?" kot,
Lebih takat havoc dah ni.