Piggybank

Sunday, June 26

#sunwayjomzzz


Perjalanan yang sangat berdikari pada hari ini. Ke sunway ke kita



Untuk mengelakkan jammed di tengah Bandar Kuala Lumpur, maka kami bersepuluh sepakat untuk menggunakan public transport. Dan one word untuk mengambarkan hasil perjalanan kami is, gila.

Dari rumah sewa berbekal sandwich telur dan sardine cili (breakfast dalam kereta sebab rush) kami ke KTM Kajang. Kami sampai before 7.15 am tapi parking dekat situ dah full. So terpaksa kami meronda-ronda dan akhirnya minta kebenaran parking di tepi rumah penduduk berdekatan. Terdesak kau

Dari Kajang ke Setia Jaya. Kena tukar train di KL Sentral. Sampai di stesen Setia Jaya, kami ambil teksi ke Sunway Lagoon. Senang. Part paling tak best bila, our first taxi driver refused nak hantar (dia kata dekat je so suruh kita orang jalan kaki) (kawasan situ jammed so tak worth nak hantar)(jalan kaki senang dan jimat duit).  Oleh kerana malas nak berpanas berjalan kaki di tepi jalan raya yang tengah jammed tu, maka kami pun rebel menahan beberapa teksi. Akhirnya, yeay! Kami berjaya sampai ke destinasi. Tambang ke Sunway hanyalah RM 5.50. Jangan malu bertanya. Sedikit tips, pakai meter adalah lagi murah berbanding dengan  tambang yang dinyatakan pemandu teksi.



Tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk seorang adalah RM 109 (since kami ini warga Malaysia) (plus discount 30% member Tesco). Sentiasa recheck di website harga atau beli terus online sebab harga pembelian online adalah jauh lebih murah dari beli di kaunter.



Masuk dalam apa lagi, berjimba lah kita sampai ke petang. Masuk masuk je kami start with dry games dulu. Main semua games dekat adventure park tu sampai pening. After solat zuhur dan lunch baru kami bersembilan ke wet games. Apa lagi, main air lah kita! Lunch dekat sini selain mahal adalah sangat tidak enak. Yang best sikit, Subway. Since dekat uni tiap minggu menghadap sandwich Subway, kami pun decide beli nasi lemak ayam rendang (yang dia dah pack) dan lemonade. Buat alas perut and untuk regain energy sebab nanti nak main air lama-lama.




Pejam celik, pukul 5.30 kami dah start naik ke darat dan selesaikan solat asar. Sebelum keluar, cuci mata beli souvenier di sana. Tempat-tempat pelancongan macam ni memang la semua benda harga melambung tinggi. Selepas settle semua , kami balik ke Semenyih dengan jayanya selepas dinner di Sunway Pyramid. Perjalanan masih jauh jadi kena ada tenaga. Alhamdulillah, semua okay dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Trip balik sama seperti tadi, teksi available je sekitar Sunway Lagoon atau depan door Sunway Pyramid tu. So don’t worry yesh adios



Sedikit perkongsian mengenai Monsoon 360

Nama yang biasa-biasa saja tapi realitynya agak gila. Mengingatkan anda lebih kepada mati dan mengajar anda tawakal kepada Tuhan Yang Esa.

Permainan air yang tidak menggunakan pelampung hanya sepapan alas yang digalas di belakang (berbentuk papan luncur) (for lesser the friction? mungkin). Permainan individu, no group guys. Masuk ke dalam kotak lutsinar secara berdiri (bentuk dia sedikit up pada keranda). Tangan cross di dada, juga cross legs semasa berdiri (untuk menghasilkan tolakan dan mudahkan u flew in the tunnel) Dan juga dilepaskan secara berdiri. Just imagine, kau berdiri dan papan tempat kau jejak tu hilang. Yes and u will go all the way from up to down. Gila, just 16 seconds je pun. Semua Islam yang naik semua mengucap dulu sebelum masuk ke dalam box. Kelakar, tapi nak gelak pun tak sampai hati bila ingatkan turn diri yang belum sampai lagi. Salah position berdiri menyebabkan beberapa pengunjung tersangkut di dalam gelongsor air (dan kena turun pakai stairs lah cerita dia)

Dan trip kali ini masih sama. Harapan Bungee Jump ku masih musnah jua akhirnya sebab no one tak sudi nak join buat jump sekali. Masa pun semput-semput, juga mencemburuiku. Mungkin will make it happen with my dear future husband. Eh manalah kita tahu kan?! Hahahaha menangis la ko kalau tak suka adventure ok bye


Gunung Irau, Cameron Highlands


#IrauStarterPack
- GoPro/ DSLR atau segala jenis macam camera
- Windbreaker (incase kalau hujan)
- Air mineral yang banyak dan foods (uknow lapar sih naik Irau)
- Permit la apa lagi (nanti kena tahan pulak)




My first gunung trip with other hikers. Mencabar ke idok?

We went there by car, small group je. Gerak asing-asing since kita orang tak sempat nak berkumpul sama (big group) before 9 pm. Dari KL bergerak secara konvoi dua kereta.

Di Cameron Highlands baru lah kami mula berjumpa dengan other hikers yang satu trip dengan kami. Bukan apa, permit nak masuk didaftarkan sekali, sebab tu pentingnya group ini before hiking

Since start hike pukul 7, we managed untuk sampai di puncak before tengahari. Hui mencabar. Terlalu banyak akar pokok sampai kasut tak boleh nak grip tanah. Licin. Dah la sampai atas makan roti je, orang lain siap bawa bunsen burner bagai masak maggi. Telan air liur jele

Dari bawah (jalan tar) nak ke kaki gunung, melalui dua cara. Menggunakan four wheel drive (sewa)  atau menggunakan kereta sendiri. Since kami bergroup, we rent four wheel. Jalan ke atas bukan lah secantik road ke Bukit Tinggi. Ada yang bertar, dan ada yang berbatu. So, choose the best. Scenery nak naik tu memang cun, kalau selfie lagi cun. Sebab banyak ladang teh dan other kebun so hijo je background depan belakang. Yang tak cun, selfie kemain bergegor. Well dah nama duduk belakang four wheel ada hati nak selfie cantik bagai huhuhu






Even gunung ni di Cameron Highlands, sejuk sejuk dia biasa saja. Windbreaker tu hanya peneman kalau berlaku hujan. Masa nak turun tu, kami sempat berhujan sampai ke bawah. Basah lecun tak payah cerita la, memang sakit jugak nak ke bawah takut tercedera ke apa.

Dari pemerhatian aku, gunung ni sangat cantik. Yes, seperti yang di tulis di dalam blog-blog. Mossy forest yang bersih dan sangat terjaga. Sebab tu kita dekat atas sana, jaga adab. Jangan gatal nak sepah-sepah. Antara gunung yang sesuai kalau nak tangkap gambar lawa-lawa. Sebab every inch of this mossy forest sangat valuable. Ada istimewa yang tersendiri. Dan paling penting letih-letih pun tak rugi. Yeay!


Semoga ketemu lagi ehehehe