Piggybank

Sunday, June 26

#sunwayjomzzz


Perjalanan yang sangat berdikari pada hari ini. Ke sunway ke kita



Untuk mengelakkan jammed di tengah Bandar Kuala Lumpur, maka kami bersepuluh sepakat untuk menggunakan public transport. Dan one word untuk mengambarkan hasil perjalanan kami is, gila.

Dari rumah sewa berbekal sandwich telur dan sardine cili (breakfast dalam kereta sebab rush) kami ke KTM Kajang. Kami sampai before 7.15 am tapi parking dekat situ dah full. So terpaksa kami meronda-ronda dan akhirnya minta kebenaran parking di tepi rumah penduduk berdekatan. Terdesak kau

Dari Kajang ke Setia Jaya. Kena tukar train di KL Sentral. Sampai di stesen Setia Jaya, kami ambil teksi ke Sunway Lagoon. Senang. Part paling tak best bila, our first taxi driver refused nak hantar (dia kata dekat je so suruh kita orang jalan kaki) (kawasan situ jammed so tak worth nak hantar)(jalan kaki senang dan jimat duit).  Oleh kerana malas nak berpanas berjalan kaki di tepi jalan raya yang tengah jammed tu, maka kami pun rebel menahan beberapa teksi. Akhirnya, yeay! Kami berjaya sampai ke destinasi. Tambang ke Sunway hanyalah RM 5.50. Jangan malu bertanya. Sedikit tips, pakai meter adalah lagi murah berbanding dengan  tambang yang dinyatakan pemandu teksi.



Tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk seorang adalah RM 109 (since kami ini warga Malaysia) (plus discount 30% member Tesco). Sentiasa recheck di website harga atau beli terus online sebab harga pembelian online adalah jauh lebih murah dari beli di kaunter.



Masuk dalam apa lagi, berjimba lah kita sampai ke petang. Masuk masuk je kami start with dry games dulu. Main semua games dekat adventure park tu sampai pening. After solat zuhur dan lunch baru kami bersembilan ke wet games. Apa lagi, main air lah kita! Lunch dekat sini selain mahal adalah sangat tidak enak. Yang best sikit, Subway. Since dekat uni tiap minggu menghadap sandwich Subway, kami pun decide beli nasi lemak ayam rendang (yang dia dah pack) dan lemonade. Buat alas perut and untuk regain energy sebab nanti nak main air lama-lama.




Pejam celik, pukul 5.30 kami dah start naik ke darat dan selesaikan solat asar. Sebelum keluar, cuci mata beli souvenier di sana. Tempat-tempat pelancongan macam ni memang la semua benda harga melambung tinggi. Selepas settle semua , kami balik ke Semenyih dengan jayanya selepas dinner di Sunway Pyramid. Perjalanan masih jauh jadi kena ada tenaga. Alhamdulillah, semua okay dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Trip balik sama seperti tadi, teksi available je sekitar Sunway Lagoon atau depan door Sunway Pyramid tu. So don’t worry yesh adios



Sedikit perkongsian mengenai Monsoon 360

Nama yang biasa-biasa saja tapi realitynya agak gila. Mengingatkan anda lebih kepada mati dan mengajar anda tawakal kepada Tuhan Yang Esa.

Permainan air yang tidak menggunakan pelampung hanya sepapan alas yang digalas di belakang (berbentuk papan luncur) (for lesser the friction? mungkin). Permainan individu, no group guys. Masuk ke dalam kotak lutsinar secara berdiri (bentuk dia sedikit up pada keranda). Tangan cross di dada, juga cross legs semasa berdiri (untuk menghasilkan tolakan dan mudahkan u flew in the tunnel) Dan juga dilepaskan secara berdiri. Just imagine, kau berdiri dan papan tempat kau jejak tu hilang. Yes and u will go all the way from up to down. Gila, just 16 seconds je pun. Semua Islam yang naik semua mengucap dulu sebelum masuk ke dalam box. Kelakar, tapi nak gelak pun tak sampai hati bila ingatkan turn diri yang belum sampai lagi. Salah position berdiri menyebabkan beberapa pengunjung tersangkut di dalam gelongsor air (dan kena turun pakai stairs lah cerita dia)

Dan trip kali ini masih sama. Harapan Bungee Jump ku masih musnah jua akhirnya sebab no one tak sudi nak join buat jump sekali. Masa pun semput-semput, juga mencemburuiku. Mungkin will make it happen with my dear future husband. Eh manalah kita tahu kan?! Hahahaha menangis la ko kalau tak suka adventure ok bye


No comments: