Piggybank

Saturday, June 27

CUCMS Colorthon


#CUCMSColorthon
1 March 2015, Taman Wetland Putrajaya






Program charity ni bukan anjuran universiti tempat aku belajar. Malah, aku join program ni pun bukan lah dengan teman-teman sekuliah. Tapi dengan budak-budak kapatebang subang yang selalu influence aku buat benda aktif. Adumak sis tak fit macam korang hokey!




Tapi jangan risau walaupun kami bukan budak CUCMS gambar kami haruslah ada dalam video. Even program ni tak sebesar program running yang lain, tapi we had fun ok! Worth la bayar dapat kita orang kutip colour tu berplastik-plastik simpan buat main. Ni kira first time aku masuk colorthon/run ni, gila cakap tak best. Tapi lagi best jadi tukang baling colour tu eh? Splash sana splash sini. Pakai shawl pon cool tak senget huhuhuhu

Btw, good job budak-budak CUCMS yang terlibat! 5km je pun, barai jugak dengan kawasan berbatu berpasir berair bagai. Satu Wetland pusing dari kawasan cantik-cantik sehingga ke ceruk hutan, kalau tak masuk run sumpah tak terfikir nak teroka satu Wetland ni.

Memandangkan kami bertujuh bukan lah warga mahupun saudara-mara CUCMS, tapi sikit pun tak rasa di anak tirikan sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih warga colorthon yang terlibat, anda memang havoc! Dan paling penting aku asyik terwow lima minit je dekat sini, bila semua skuad kecemasan terdiri dari abang kakak senior year dari u tersebut.

Well, nama pon medical school. Kau terseliuh ke terpeleot terpengsan nak ter semua boleh. Ramai yang membantu. Hek eleh macam lah tak tahu, korang ni ramai yang cuba nasib cari jodoh guna hashtag #CUCMSColorthon dekat instagram kan. Mengaku jelah! Tahu lah dah senior year semua, kemain ye!! Tehehe

No comments: