Piggybank

Friday, October 16

Part 1 #asasi4lyfe


Hi, assalamualaikum

Post ini hanya memuatkan beberapa info penting berkenaan UNMC as ramai juniors aku dm/ws bertanya akan hal yang sama. So, apa salahnya kita blog post je kan. Aku memang jarang-jarang tulis pasal unilyfe in details ni.

Okay mari kita mulakan pengembaraan kita ke satu tahun ke belakang.

Apa yang adik-adik nak tahu pasal UNMC?





Susah tak belajar dekat sana? Semua subjek belajar in English ke? Macam mana nak adapt dengan surroundings?
Belajar apa je yang tak susah, even masa mengenal abc pun kita rasa susah. Itu yang dipanggil proses pembelajaran sebab kita merasa susah akan sesuatu perkara. Ya, all subjects in foundation were taught in English :') Cause it was the first British college in Malaysia *rolling eyes* Bercakap pasal adaptation, idk. Short and simple, bila u dah terbiasa dan u know u need to stay there lama lagi, then u will find a way to adapt to the surroundings. InsyaAllah boleh, sebab proses pembelajaran and berkawan make life more lively.

Semua students stay campus? Bilik dia okay tak?
For foundation students, most of u will be staying in campus. But, when u are in UG programme, ramai yang memilih untuk stay di luar. There will be few places untuk students stay off campus. Contohnya, Tiara East, Taman Tasik Semenyih, UniVillage and Tetris Apartment. Don't worry, kalau uolls adalah spesis yang takut nak drive macam aku, university akan provide shuttle bus untuk ke kampus. Just stick with the bus schedule, lambat kena tinggal tau! But if u still nak jugak tak kira lah nak stay campus, u need to apply with the management. Fyi, bilik di hall-hall UNMC sangat okay jika dibandingkan dengan universiti-universiti lain. That's why room fee boleh cecah MYR800 sebulan *sigh*

Kemudahan banyak ke dalam kampus? Contohnya macam kafe-kafe, kedai serbaneka?
What do you expect? For food, just be happy. Dekat UNMC there's 7Eleven, Secret Recipe and Subway. And for terrace cafe ada mamak and hipster cafe jugak tau! (still in process tapi semua dah excited) Lastly, indoor cafe UNMC berkonsepkan food court. So go order depends yang mana satu idaman kalbu *wink*

Assignment membantu ke pass marks?
Ok tadi baru je excited cerita pasal makanan, sekarang dah kurang excited dia. Okay berbalik pada soalan. For me, some of the subjects membantu tapi few subjects takde la membantu-sangat tapi bukan la bermaksud tak membantu langsung. Dah bagi ayat pening dia. But don't worry, pembahagian percent untuk assignment dan final exam boleh bertukar mengikut tahun dan feedback dari students. Just pass your mark meh, then u will be happy. Kecuali u budak scholar, u tak boleh happy lagi kena double usaha wei kasi capai standard percentage huhuhu

Aktiviti kokurikulum wajib tak?
Tiada, there is no NEED OR KENA participate dalam aktiviti kokurikulum. Sebab there is no merit thinggy dekat this university. Tapi, just go and join those clubs. It was so fun! When it comes to induction night, u will meet juniors and seniors tau, from other course, country and races. Takkan la hari-hari nak hadap classmate yang sama, yedak? Go miggle around hahahahaa

Mostly in a class awkward ke bila tak ramai Melayu?
Honestly, it was. Tapi for some reason seronok jugak, their study skills, behaviour were sometimes different with us, Malay. So, why not take their good side as role model. Kalau nak fefelingz belajar overseas pun boleh cause u gonna have a lot of foreigner friends!

Lecturer mengajar speed level berapa? Kalau budak slow boleh ke nak ikut?

Yang pasti bukan gear reverse huhuhu. In foundation years, lecturer ni dah macam parents. They will be so memahami. Kalau tak faham just loud je bagitau suruh repeat. Ya, my friends always do that dan i think dia orang sangat bersabar. Be happy and go study, u were the youngest one in college so lecturer masih boleh layan your clingy or mengada-ngada. Nanti UG dah takda oi. In unversity life tiada beza pandai or kurang pandai. Tapi yang penting focus and rajin! Kalau pandai tapi tak rajin, tak distinction jugak huhuhuhu

Apa yang paling akak suka dengan UNMC?
I'm not sure, tapi dari suka jadi sayang. Perasaan tu bukan ke subjektif sukar diterang dek kata-kata cececece. But i really in love with the surroundings. University yang lawa dan bersih. Apa yang lawa? The clock tower, fountain, lake, hostel dan semua lah! Tak kenal maka tak cinta, dah kenal semua nak puji lawa zZZz buta betul cinta kan

UNMC terletak jauh di pedalaman. How to reach public transport nearby? Untuk keluar hujung minggu?
Ini merupakan salah satu kelebihan UNMC yang hanya budak-budak tak drive macam aku je akan rasa terlebih bersyukur. There's many many many Shuttle Bus! Untuk ke KLTC, Kajang KTM, Tesco Semenyih dan ke Campus! (dengan cerita akan ke Bukit Bintang juga amin amin) Ya me is so excited. Shuttle Bus ini adalah free (or dah termasuk dalam fee, i'm not so sure) Most of the bus ada setiap satu jam tapi u guys kena alert dengan their update. Sebab boleh je dia orang reschedule the trips ikut keperluan dan masa. 


Sekian, bersambung untuk #PART2




No comments: