Piggybank

Monday, December 22

Form 3



Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Dan salam result PT3 wahaha

Apa khabar result PT3 adik-adik? Hehehe. Each part of social network sekarang tengah kecoh dengan ketidakpuasan hati adik-adik PT3. Dah jadi medium luahan perasaan dengan mogok besar-besaran pulak. Ya, memang aku ni tak ambil PT3 dan aku tak tahu pun macam mana struktur sebenar dia. Tapi segala tindakan kita tu kena jaga, jangan sampai memakan diri. Mana tahu semua ni ada hikmah haaa tak ada la SPM nanti korang cuak sangat kan?


Dan nak dijadikan cerita tadi godek-godek post lama, jumpa lah satu post zaman F3. Sebenarnya haritu lepas aku baca entry dua tiga blog ni, terasa insaf kejap. Sebab entry tu perihal apa yang kita tulis dan kesan dia pada kita dan masyarakat. Dah yelah isi blog aku ni memang merapu, kadang-kadang terriak (tanpa disengajakan), kadang-kadang mengutuk makhluk-makhluk bumi ya aku tak suka. Tu belum campur lagi entry blog masa heartbroken yang post selang satu hari. Bila dah rasa matang sikit rasa malu pulak kalau ada orang baca. Aku harap tak ada la :p


Tapi post pasal 3 Ihsan ni kerek-kerek dia pun, satu kelas dah baca. Alhamdulillah, tak ada yang bangkang atau protes ke apa. Kalau tak, aku dah malas nak post apa-apa pasal kelas ni hmph. Dan yang bersyukur sangat, nasib baik dulu masa tengah buat perangai gila ni, tak sempat nak hantar karya tak seberapa ni untuk slot majalah sekolah. Kalau tak, memang jadi bahan gelak abang akak senior junior sekalian haih

Ni aku repost balik, sebab rindu. Satu je nak pesan, lepas baca jangan cuba untuk senyum atau gelengkan kepala. Nanti terteleng tak tahu wakaka ok aku gurau je



      Alkisah bermula seramai 27 orang telah diperintah untuk mendiami sebuah kerajaan. Menurut pakar astronomi tidaklah diketahui bagaimana wujudnya kerajaan ini yang permukaannya segi empat dadu. Malahan raja-raja Melayu sendiri terkejut apabila mencium bau-bau pelik yang dipercayai datang dari kamar mandi kaum adam dan hawa.

     Kerajaan ini dinaungi oleh seorang ratu yang manis lagi menawan iaitu ratu NOORAINI yang mentadbir kerajaan yang sentiasa porak-peranda. Maka dengan itu adanya seorang bendahara yang tip top dalam segala hal iaitu bendahara NAJMI yang menjadikan kerajaan semakin porak peranda. Turut dibantu oleh temenggung HUSNA yang sentiasa 'busy' membuat laporan menghantar surat sulit kerajaan. Wujudnya pula dayang istana yang gemar menyantap ketika ratu sedang memerintah iaitu dayang KHAIRAH  
    Hatta glamornya kerajaan ini turut dihuni oleh artis terkemuka dari wilayah sungai kg baru yang sentiasa membuat amal dengan mengadakan 'show' iaitu dikenali sebagai IZZAT shuffle yang menjadi kegilaan dayang-dayang di kerajaan ini. Kerajaan ini turut dihuni panglima yang sentiasa membantu menambah kekecohan dengan hilai tawa mereka iaitu EMA dan FINA. Syahadan,duduk seorang atuk tua bernama AZRAN yang tersangatlah 'laser' mulutnya menyebabkan kerajaan dilanda gegak gempita. Akan tiadalah sedarnya orang tua itu sehingga dibenci oleh seorang pengikutnya yang tidak pernah setia yang tergolong daripada golongan artis iaitu ASHRAF.
     Tatkala itu, dihujung kerajaan tinggallah tiga orang puteri yang telah dibuang negeri akibat kehilangan tongkat sakti. Puteri-puteri itu disebut sebagai puteri WANI , puteri ANATI dan puteri AISHAH. Dan mahu dijadikan cerita,kehebatan tangan ADIL yang mengalahkan penyepit ketam telah menyebabkan semua penghuni nyawa-nyawa ikan, sehingga terpakasa berjumpa dukun kerajaan iaitu dukun FADLIE.     
   Kerajaan ini juga mempunyai dua orang dara pingitan yang sentiasa 'over' dengan hal-hal mereka. FATIN yang sentiasa bertemankan buku hikayat sejarah manakala AIN yang tak reti nak duduk diam menambahkan lagi riuh-rendahnya kerajaan ini. HAZIQ pula seorang pelawak kerajaan yang bakal dihantar ke istana atas sebab permusuhan dengan atuk tua itu. FATONAH pula seorang yang 'happy go lucky' tetapi awas, sekali terusik,cepat benor terasa.Mulutnya pun boleh tahan 'laser' jugak ni.  
   Hatta, terkurnialah dua bidadari yang entah dari mana asal usul dan kewujudannya. Tersebarlah ke seluruh pelosok istana khabar muncul HAMIZAH yang comel lote dan sentiasa ringan bibirnya dengan senyuman dan BEAH yang sememangnya sentiasa berterbangan di awang awangan bersama mamanda hero koreanya, Kim Bum. Arakian, pada suatu hari, muncullah jula juli bintang satu dari kayangan iaitu SYAZA dan MIRAH. Walaupun pendiam itu menjadi kelemahan mereka,tetapi awas!,sekali terburai, masak kita semua. Aduh, dasyatnya.
      Pada satu detik, telah datangnya dua orang biduanita dari istana seberang, mengirim khabar gembira. Bersama senyum dan gelaknya yang manis, bibi ANIS menyusun berita. Walaupun mempunyai badan 'slim', dia telah berjaya membawa bibi FATEN yang sentiasa gopoh dengan ketawa dan cerita yang tidak pernah lapuk dek orang lain, tak lekang dibibir ceria adanya. Dikhabarkan mereka sebuah berita gembira muncul seorang penghibur dari istana atas angin, bergelar Rosalinda aya mor? Tetapi tidak diperkenankan ratu lalu dari atas angin bertukar kepada negeri bawah angin, muncullah NUYU yang jelitawan, menawan, berkilauan yang telah mengikat hati jejaka idaman orang. Sementalahan itu, YEEN yang masih tidak jemu-jemu mencoret hikayat ini masih tersengguk di hadapan kotak segi empat yang canggih sehingga larut malam untuk mengkhatamkan alkisah ini.      
   Maka bertambah hiruk pikuklah istana apabila AMIR datang menghuru-harakan kerajaan kalingga 3 Ihsan. Lantas, terjadi kekecohan yang telah memusnahkan kerajaan 3 Ihsan berpunca daripada desas-desus yang bertandang kesiangan ke telinga AMIN. Kini, kerajaan ini hanya tinggal nama dan kenangan zaman tepung, gula, garam, cendol semestinya, bukan lagi pada zaman batu atau pop yeh yeh. Didoakan agar kerajaan ini bangkit demi menegakkan kejayaan yang harus dikecapi dalam PMR 2011 supaya berkekalan walaupun gajah boleh terbang, kucing tumbuh tanduk dan ayam menari tango. Tiba-tiba, dinosour pun menyapa mesra lalu berkata 'dah abis daa'

Sekian saja hikayat ini, terima kasih...

No comments: