Piggybank

Monday, April 7

Farewell 5 Ikhlas




Assalamualaikum.
Ini bukan benda baru.
Ya ini throwback kata orang.

Mari kita kembali ke setahun ke belakang.
Tahun akhir sebagai budak sekolah.
Yang memakai seragam sekolah berkasut hitam.
Zaman yang pasti akan dirindui nanti.


5 Ikhlas.
Ni kelas terakhir aku.
Di satu tempat yang bernama sekolah.
Tahun pengakhiran setelah empat tahun di sekolah menengah.

Siapa kata semua kenangan manis? Bagi aku tak, ya memang tak sebab memang ada kenangan yang tak berapa nak manis. Yang pahit tak semestinya tak berharga ya kawan-kawan. Pengalaman mendewasakan. Buat kita lebih berhati-hati dalam segala tindak-tanduk, tingkah laku dan budi bicara. Maaf atas segala keterlanjuran kami, kenakalan kami . Ya memang kami yang khilaf, terlalu mengikut jiwa muda. Tapi tu semua kenangan terindah. Terima kasih buat semua guru yang tak pernah lelah memberi ilmu. Buat guru kelas yang paling sporting dalam dunia, kami pasti rindu cerita mengenai pengalaman teacher lepasni. Dan terima kasih buat semua guru lain yang memberi ilmu kepada kami. Tak dapat kami balas. Semoga Allah memberkati cikgu semua. Alah klise ya ayat. Eh. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa lagi!




And we olls from 5 Ikhlas :
Lutfi Hadi, Ahmad Haziq, Ashraf Farizi, Aliff Najmi, Adib Naim, Muhd Irfan, Ahmad Izharuddin, Raja Naqiuddin, Ahmad Zakwan, Amin Asyraf, Muhd Faiz, Nureen Farhana, Nur Ain Wajihah, Nurul Syarafina, Alissa Suraya, Azziatul Syahira, Ain Zafirah, Nurfazilatul Fazlieka, Amira Firzana, Rabiatul Adawiyah, Nur Shafikah, Nur Athirah, Nuratikah,.


Our last paper and moment at school together


Salam terakhir. Salam teristimewa. 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Perpisahan itu akan selalu ada, kerana kita pernah berjumpa, bersama, dalam canda tawa dan bahagia.  Setiap titis air mata yang tertumpah akan menjadi saksi atas jalinan ukhwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya. Tak ada kata yang terucap sahabat hanya derai bening yang selalu bertaburan, mengucap selamat jalan, silakan lanjutkan perjuangan mu ke arah yang lain, di tempat yang baru yang akan menjadi jarak pertemuan kita.


No comments: