Piggybank

Thursday, December 20

Renungkan


Sekadar mahu berkongsi...............
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil dan besar Kiamat di bawah ini:
Tanda-tanda kecil Kiamat
  • Perceraian banyak terjadi
  • Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  • Banyak Quran diberikan hiasan
  • Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  • Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  • Berbagai peralatan muzik dimainkan
  • Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  • Perzinaan dilakukan terang-terangan
  • Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  • Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  • Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  • Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  • Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  • Makan riba

Tanda-tanda besar Kiamat

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah (sudan-etophia-eriteria.  )laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi, (bom nuklear) sekali di timur (Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Kiamat itu rahsia Allah. Tiada siapa yang tahu. Namun, ia pasti akan tiba. Sudah bersedia?
XOXO


No comments: