Piggybank

Tuesday, December 18

Karnival SKK 2012


Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2012.
24-26 September 2012, SMK Zainab (1), Kelantan.

Karnival SKK 2012 ni merupakan program SKK kebangsaan pertama yang sekolah kami turut serta. Ini kerana pencapaian SKK masih dikira baru dan belum mencapai masa setahun. Yelah, siapa tak excited nak pergi kan! Bawa nama sekolah pulak tu! Program tiga hari yang bertempat di SMK Zainab (1) disertai lebih 50 buah sekolah kluster di Malaysia. Kami dari SMK Mak Lagam mewakili program kebitaraan catur dan Bahasa Melayu. Antara yang terlibat dua guru pengiring dan kami berlapan! Siapa? Biar lah rahsia. Serious sepuluh orang satu bas, gila tak seronok. Empat kerusi seorang tau!

Sampai je Kelantan, kami terus ke tapak karnival sebab nak tengok lokasi khemah sekolah masing-masing. Awal-awal lagi dah spoil, adeke patut bagi baju program yang XXL dekat aku! Ya tuhan tulah siapa suruh sampai lambat! Kami diarahkan untuk menyiapkan khemah petang itu. Tapi ala kadar, tampal-tampal tak perlu. Hanya susun peralatan seperti meja, pintu gerbang untuk memudahkan kelancaran majlis esok. 


Sebelum. Dan belum sunburn.

Nak dijadikan cerita, tengah kami lek lek layan angin petang, tiba-tiba hujan dan angin kencang datang sekaligus. Semua dah macam kelam kabut sebab annoucement suruh ke kawasan garaj. Kuasa Tuhan, khemah segala peralatan banyak yang terbang depan mata mujur tiada kemalangan jiwa. Suka tak suka, kembang jugak meja catur sekolah. Besi pintu gerbang pun bengkok. Runsing. Satu je semua orang duk fikir, esok macam mana?







Masing-masing dah jadi wartawan bergerak. Majlis batal la! Karnival tangguh lagi dua hari la! Macam-macam, siapa tak runsing tengok khemah terbang kena angin kan? Tapi jangan diulas benda yang tak pasti. Kesian kami peserta jauh ni, takkan nak datang dua kali? Lapan jam perjalanan tau tak! Alhamdulillah esoknya event was so smooth. Tak menang tangan sis layan adik abang dari merata pelusuk dunia. Eleh korang bukan nak main game sangat kan! Nak keychain dengan pen free tu je. Macam lah cantik pon tapi yelah benda free memang berebut.

Sepanjang dua malam dekat Kelantan, tak complete la journey ke Kelantan kalau tak pergi Wakaf Che Yeh. Habis duit woi! Semua benda nak murah acaner tu. Cikgu memang sengaja kan pilih hotel dekat situ! Night life sangat pukul sepuluh keluar pagi baru balik bilik. Asal bersiap ke karnival on time takpa! Lagipun makanan dekat situ best memang JJCM la aku. Ke hulu ke hilir tawar-menawar dekat market ya allah semua benda nak beli! Kalau tak keluar pun tak boleh, dekat area situ memang kaw-kaw market sampai pagi. So, tepi bilik aku memang kedai CD lagu, peh dangdut manjang oi. Boleh cramp kepala dibuatnya



Last day dekat carnival separuh hari je jaga booth. Eh masa untuk kutip hadiah la pulak! Semua tempat aku pergi hehehe. Dah kata nak kumpul hadiah! Kena main sampai puas. Malu tak malu, janji dapat hadiah. Alah lagipun lepas ni dah tak jumpa budak-budak ni semua tehehehe. Kalau cakap  teringin hadiah sangat pun tak. Game untuk sekolah-sekolah rendah apalah sangat hadiahnya. Pensel mechanical kartun dengan pemadam, tapi layan jugak! Untuk kepuasan mungkin. Sebab game yang setiap sekolah anjurkan mesti berkait rapat dengan program kluster mereka dan game tu hanya dimain disini. So why not?






.
.
.
.
.
.
.
.
Yang paling penting, kami menang khemah terbaik tau! Kelas gituw tak sia-sia angkut pintu gerbang tu hahaha




Tumpang lalu gambar paling awkward antara terakward



Andai aku di sekolah pada minggu kejadian, dah memang confirm kena pergi kem pemantapan rohani kem anak tersayang kem salah laku pelajar sekalian. Terima kasih sebab terkecuali! Yang berkenaan jangan marah! Belum kena sanding sorang-sorang tau!


No comments: